Tuesday, 7 January 2014

SIJIL HALAL JAKIM

Soalan lazim mengenai shaklee


1. Adakah Shaklee ini Halal?
jawapannya : halal sila rujuk sijil halal JAKIM...



2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?

Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex dan vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?

Jawapan: Ia adalah kesan pengambilan B complex, di mana vitamin ini adalah vitamin larut air. Di samping itu, Alfalfa mengandungi klorofil.

4. Saya mengalami pening-pening selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah ia tidak serasi?

Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air kosong yang TIDAK kurang daripada 2 liter sehari. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca daripada kurang pengambilan air kosong. Satu sebab lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil vitamin/ makanan tambahan (supplement), maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

5. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil vitamin/ makanan tambahan ini?

Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil vitamin/ makanan tambahan ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh...


6. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?

Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

7. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana-mana cawangan jualan?

Jawapan: Boleh, hanya mesej atau pm dan saya akan berikan tips2 untuk anda.

8. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk-amuk dan asyik berjaga kerana mahu menyusu


Jawapan: Ibu-ibu yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap (tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sedikit sahaja kerana cepat kenyang serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

9. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?


Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan vitamin oleh doktor demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

10. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?

Jawapan: Secara asas saya sarankan 4 jenis vitamin iaitu Vitalea, B complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar serta Ostematrix sebagai pelengkap kepada kepeluan kalsium harian tubuh.

 KOMBINASI SUPPLEMEN UTK IBU MENYUSU yang ditawarkan; dan saya akan bantu anda untuk membuat pilihan mengikut keperluan dan bajet.

11. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?

Jawapan: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga. Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya. Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 hidangan sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah-buahan  atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat daripada Doktor atau pakar yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi


No comments:

Post a Comment